KUALA LUMPUR: Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini seiring dengan pasaran niaga hadapan getah serantau berikutan ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata peniaga.

Beliau berkata, bagaimanapun penyusutan selanjutnya dikekang oleh pemulihan penanda aras harga minyak mentah, dan sentimen yang turut disokong oleh kebimbangan mengenai kekurangan pengeluaran getah asli berikutan cuaca buruk di negara pengeluar.

Peniaga berkata sentimen pasaran seterusnya menerima rangsangan daripada laporan mengenai mesyuarat dasar di AS baru-baru ini, yang melegakan pasaran selepas Rizab Persekutuan mengekalkan kadar faedah tidak berubah.

Pada 5.20 petang, penanda aras harga minyak mentah Brent meningkat 0.95 peratus kepada US$84.23 setong.

Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi Getah Mutu Malaysia SMR 20 (GMM 20) rendah satu sen kepada 754 sen sekilogram manakala susu getah pukal menambah tiga sen kepada 714 sen sekilogram.

Pada 5 petang, harga penutup LGM bagi GMM 20 berada pada 755.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 716 sen sekilogram.

-- BERNAMA